Halaman

Blog Yang Comey, Hensem dan Cantik..:)

Followers

Selasa, 14 Ogos 2012

Perhatikan Kod E

Halu semua...

Tinggal 5 hari lagikan nak raya...
Cepat je masa berlalu...

Ok..ari ni, aku nak share sikit info..
Korang perasan x kalo kat paking2 makanan, dia ada kod2 kan...
ok..ni senarai 59 kod E untuk lemak khinzir...
1. E 100
2. E 110
3. E 120
4. E 140
5. E 141
6. E 153
7. E 160
8. E 161
9. E 161
10. E 210
11. E 213
12. E 216
13. E 234
14. E 252
15. E 270
16. E 280
17. E 300
18. E 301
19. E 325
20. E 326
21. E 327
22. E 334
23. E 335
24. E 336
25. E 337
26. E 422
27. E 430
28. E 431
29. E 432
30. E 433
31. E 434
32. E 435
33. E 436
34. E 440
35. E 441
36. E 470
37. E 471
38. E 472
39. E 473
40. E 474
41. E 475
42. E 476
43. E 477
44. E 478
45. E 481
46. E 482
47. E 483
48. E 491
49. E 492
50. E 493
51. E 494
52. E 495
53. E 542
54. E 570
55. E 572
56. E 631
57. E 635
58. E 904
59. E 920

-Sekarang ni org khafir ada banyak cara untuk memusnahkan umat Islam.
-Ingat la, apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita sendiri.
-So, berhati2 la semasa memilih makanan ada..

**Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri..:)

Khamis, 9 Ogos 2012

Demi 1 Scoop Baskin Robbin

Halu semua...

Lokasi: Baskin Robbin, Jetty Point
Masa: 8.30-9.15 malam
Tujuan: 1 Scoop aiskrim percuma..:)



Jetty Point Langkawi...

Kitrg datang dalam pukul 8.30mlm...last2 dapat no ni..huhu...


 
                            
Barang orang nak bagi free..konfem la ramaikan..


Akhirnya, nmpak jugak loga BR dengan lebih jelas setelah penat beratur..:)


Dah nmpak pintu rasa lega la cket...huhu


Hasil 45 minit beratur..hehe..Puas...



**Tq Media Prima n smua atlet Malaysia ke Olimpik London 2012..:)

Isnin, 23 Julai 2012

Apa yang korang faham : LURUS DAN RAPATKAN SAF

Halu semua..

Dah 3 Ramadan kan ari ni....So malam ni dah malam ke 4 la wat solat tarawihkan..

Erm..post ni islamik la sikit..asyik post enjoy2 je..lagha2..hehe..


Ok.. Seperti mana yang kita tau, bulan ramadan, semua syaitan akan diikat sehingga
tibanya Syawal..

Tapi x bermakna apabila solat berjemaah, kita boleh menjarakkan saf (Konon2 xda syaitan 
yang akan ganggu kat celah2 saf yang jarang)..

No..no..and no...

Salah sama sekali..

Korang perasankan kalo setiap kali sebelum mula solat berjemaah, imam akan suruh semua jemaah
"LURUS DAN RAPATKAN SAF"

Untuk apa lurus dan rapatkan saf ni??

Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga kaki. Ketika solat berjemaah jarak yang terbaik ialah sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain di sebelah kita. Ia sekali gus mempertautkan ukhuwah serta mampu membuang rasa keegoan diri. Seperti yang disebut hadis sahih riwayat al-Bukhari di bawah:

"Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki." (Riwayat al-Bukhari) 

Jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunah yang khusus apabila menunaikan solat secara berjemaah bagi memperolehi kualiti yang terbaik dan pahala terbanyak. Antara hadis-hadis yang lain:

"Luruskanlah saf kamu (ketika solat), sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku." (Riwayat al-Bukhari)

"Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau kamu akan bercanggah (melakukan kesalahan) dengan arahan Allah di hadapan-Nya." (Riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf. Tanpa disiplin tersebut, manusia akan berada dalam rasa keegoaan masing-masing hingga berasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka. Di samping itu, ia juga menunjukkan jemaah tersebut kurang ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika dibiasakan maka Allah S.W.T akan membiarkan berlakunya permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat ini.

Tanpa merapatkan saf juga memberi peluang dan ruang untuk syaitan sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :

"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)

Semoga dengan ilmu ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat Nabi S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W : "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat" (HR Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213). 



Sebenarnya dari segi sains juga membuktikan kebaikan melurus dan merapatkan saf ni...

SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Sumber: https://www.facebook.com/media/set/comments/?set=a.214407771906579.66762.152030824810941






Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:
1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.


So, mari la sama2 mencari kesempurnaan dalam solat kita.. : )


**Gambar lukisan hanya illustrasi semata2...

Klik Kat Cini