Halaman

Blog Yang Comey, Hensem dan Cantik..:)

Followers

Jumaat, 25 Jun 2010

CONTEST! : CABUTAN BERTUAH, MENANGI RM50!


Ehem2...saja nak masuk cabutan bertuah ni...hehe,,daripada aku blogwalking mcm tu je, baik mencuba nasibkan..hehe....

Yang ni anjuran owner blog yang bernama FARHAN...
Syarat dia senang je:
  1. Jadi FOLLOWER blog FarhanRazak.
  2. PASTE Link Cabutan Bertuah seperti di atas di Blog anda.
  3. Tulis satu POST yg anda dh pun masuk cabutan nih.
Senang je kan..xda byr pe2 pun..org nak bagi duit free, ...ambik je la...hehe


Korang pun try la..kot2 la nasib naik, leh share2 ngn aku..hehe...

Rabu, 23 Jun 2010

Cik Nab Rindu Anda!!!!!!!!!!!!!!


Hey anda-anda sekalian..ni cik nab nak cakap skit ni....saya rindu anda tau x....lama x kuar meronggeng sama2...Rindu bangat ni...cik sepet, wan teng, adeq, syida a.k.a belon....huhu..

Kawan2..Ingat x time tu:
  • kita lepak kat blek syidah sama2,tgk movie..
  • bukak pose sama2...wan teng pun pose,..cian kamu wan teng...
  • g outing kat changlun sama2...lepak kat kedai mamak pokok ceri...lepak kat C-mart..
  • hey, dulu kita pernah g pizza kat jitra ngn farizan & 3 ekor beruang tu kan.hehe(jgn marah)
  • kita makan sama2 kat cafe pentadbiran, cafe C ngn cafe B..kat cafe A pun pernah kan..hehe
  • Kita g lawatan perlis sama2....
  • kita round KMK petang2 sama2...
  • Naik kereta sapu sama2....
  • G kelas sama2....
saya rindu nak meronggeng ngn anda2 lagi...
post ni saya wat khas untuk anda-anda tau....

p/s: ada cite pasal syida, roger kat aku k....




Jauh di mata..tp dekat di hati...
kita kawan sampai mati.. :)

Sikit2 lama2 jadi Gunung!!! (bekalan time kawin nnt)

Ok..post kali ini adalah bertujuan untuk nasihat jangka masa panjang...

  1. Korang pernah simpan duit x?
  2. Bila kali terakhir anda menyimpan duit?
  3. Bila kali terakhir anda memasukkan duit ke dalam akaun bank anda?
  4. Bila kali terakhir anda mengeluarkan duit dari akaun bank anda?(maksud yang lain dgn soklan diatas)
  5. Bila kali terakhir anda meminta duit dari orang lain?(parent or sape2)
Hah..jawab la..jawab jgn x jawab...(renung2kan)

mungkin ada yang menjawab "pernah", "masa kecik dulu","time sekolah" atau pun "xpernah menabung pun".

Sape2 yang dah stop menabung or xpernah menabung(bajet harta mak bapak dia leh tampung idup wat selama2nya la 2..ops terkutuk lak....), eloklah renung2kan apa yang saya nak ckp kat cni...

X dinafikan, aku ni pun spesis yang boros gak(sejenis spesis yang masih lagi tidak terancam kepupusannya)...Tp2....tpkan..aku ni pun kaki menabung gak....Sbb, sbbnye kan, aku fikir :

  1. Sampai bila kita nak bergantung ngn org lain..
  2. apa2 je leh jadi masa depan..kita hanya merancang,DIA yang menentukan..
  3. Byk lagi aku nk beli masa depan, so, kena la kena kumpul dari muda...(kete ferrari kot..hehe)
  4. Sikit-sikit, lama-lama jadi "gunung"...
  5. kalo xsimpan duit, nnt aku bli yang bukan2...membazir je...
  6. Bersakit-sakit dahulu, bersenang2 kemudian...
Dulu time lepas SPM, aku tgk semua kawan2 aku keje..aku pun keje gak(sebulan je la..hehe).. Lepas dapat gaji, mak ai..bukan main boros lagi "mereka-mereka" itu..beli macam gaji 10 juta sebulan je...Tukar hp la, beli moto baru la, beli yang tu, borong yang tu, beli yang ni....Beli barang mcm esok lusa dah x leh beli dah..lepas 2, tgh bulan mula la "slow" skt.....

Aku ingt lagi, gaji 1st aku keje ari tu, aku dapat dalam RM500 gak la...pas2, sebelum dapat gaji lagi, akak aku yang "singa" tu dah "mengaum" dah...."hang dapat je duit nnt, simpan lu, jgn nak joli2 je....simpan untuk matrik nnt"....jadi, aku kena la simpan siap2 RM200 sebelum membelanjakan gaji itu(dalam keadaan terpaksa gak la)...Lepas masuk je matrik, dah xda makan free macam kat asrama dulu, duit RM1000 je 1 sem..huhu....xcukup beb...duit gaji dulu pun da RM200 je...xcukup gak(borosnya aku)..last2 minta duit kat my daddy gak..huhu..tu la, dulu boros sgt...simpan la byk sikit....beli barang merepek2...Ko ingt ko tu anak Dato' ke....


Duit yang kita simpan dulu masa kecik(bagi sape2 yang menyimpan saja la) leh digunakan time terdesak2 waktu sekrg ni....Rugi x menabung byk2 masa kecik dulu kan....kalo betul menabung masa kecik dulu dah leh dapat RM20,000 kan..(wah, dah lepas duit kawin ni..hehe)..Nasib baik la saya ini seorg perempuan...Kalo x, pening pale nak fikir pasal duit kawin lagi...perghhh, ingt senang ke nak cari duit kawin, bukan nak guna duit time korg angkat nikah, bersanding tu je...nk guna selamanya beb...ingt senang ke nak bagi makan anak dara org....ish3..susah2......cik abang dah simpan duit ke nk kawin????wik2...


Konsep menabung aku sekarang ni, aku simpan duit syiling..dapat je duit syiling, sori la aku nak bagi kat mana2 kedai..haha..aku akan "menjatuhkan" duit itu dlm tabung "TIGER" aku....(xpenuh2 pun tabung2 tu..huhu..bila la nak penuh)...kalo penuh tabung tu, leh dapat 2-3 ratus beb..(pengalaman menabung masa kecik lu)...



Ni merupakan antara cara nak menabung..
Type A :Belanja lu...pastu kalo ada lebih, baru menabung.
Type B:Simpan lu, kalo da lebih baru belanja...
Bagi aku, dua2 cara ni ok, tp type B lebih stabil la.....
Sikit masa lagi aku akan gunakan cara type B ni...so, kawan2, jgn nk ajak saya joli2 sgt ye....harap maklum... :)


"Saya xkawin lagi, wat pe fikir jauh sgt"...pleaz jgn berfikir dlm kotak fikiran yang begitu sempit sekali ye....jgn menyesal dikemudian hari...jgn sampai kena kat diri sendiri baru nak terduduk... Ni pengalaman saya sendiri ye, eh silap lak,(hehe) pengalaman kawan kpd kawan si'dia' punya kawan(berapa byk kawan da..), menyesal x kesudah, kesian xleh nak byr yuran sekolah anak yang x sampai RM100(sekarang ni yuran sekolah dah x semahal waktu dulu2..xaci tul)...saat tu, nk pinjam pun kena wat muka tebal....


Kenal simbol ni....kenal x..tipu la kalo x kenal...hah,sapa yang ambik pinjaman PTPTN....1 sem dapat bape ribu...wah..dngr je perkataan ribu mcm byk je kan..kan2...Tp ingtlah anda, itu hanyalah pinjaman..saya ulang ..PINJAMAN...kalo kita pinjam maknanya,kita kena byr blk kan...hah, so, jgn la boros sgt..nnt dah pegang duit sendiri xpe la kalo nk boros2 sket...ni x, awal sem boros mengalahkan PTPTN tu bapak ko yang punya, dah akhir sem your daddy la yang jadi mangsa..mcm la daddy korg tu cop duit kan(terkena kat diri sendiri ni..hehe)....

p/s: xrugi pun kumpul duit dari sekarang...kesannya untuk jangka masa panjang....apa2 pun leh jadi...

Khamis, 17 Jun 2010

Sebarkan Ilmu..Xrugi apa pun..

Sejak akhir2 ni, mmg aku selalu mengopy paste statement dari mana2 laman web, or blog org lain...Tp, aku xkan ambik sebijik dari apa yang ada kat dalam setiap web tu...Aku akan cuba gabungkan semua isi2 yang dah aku baca dan fahami utk dijadikan 1 posts yang rngkas dan padat...Aku pasti, ruang blog dan web yang aku baca pun mesti suka org lain sebarkan ilmu yang dia tulis.....

Tp, tujuan aku bukan untuk menciplak mana2 hasil karya org lain....matlamat aku hanya 1.. Untuk sebarkan ilmu yang aku tahu....


Untuk pengetahuan semua, semua post yang telah dicopy paste oleh owner blog ni, adalah hasil dari tanda tanya yang secara semula jadinya di fikirkan oleh otak owner ni....So, kalo aku post pasal pose, aku nak tahu ngn lebih mendalam pasal pose....Bukan main tangkap cintan syok sendiri bajet dah tau semua pasal pose....


Maaf, aku hanya insan biasa yang hanya mampu mengopy paste sahaja..(ok la kan daripada blog yang mencarut ntah pe2)
____________________________________________________________________

**Muhammad Rasulullah S.a.w bersabda, ” Sungguh Allah, para Malaikat-Nya serta semua penghuni langit dan bumi termasuk semut dalam lubangnya dan ikan-ikan, sungguh semuanya mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang mengajari manusia ”
(HR. Tirmidzi)


**Wahai orang-orang yang berilmu, sebarkanlah ilmu yang anda miliki, kerana takkan habis ilmu bila dibagi.

**Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa menunjukkan kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya."
(HR.Muslim)

**"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Alkitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati."
{QS Al Baqarah:159}

**ingat pesan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.:"balligh 'anni walau aayah" sampaikan dariku walau sepotong ayat

“Perut ialah Rumah Penyakit dan Puasa adalah Raja Segala Ubat“.

Satu kaedah yang paling sempurna dan paling mustajab untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan manusia dan untuk menghindari dari segala macam penyakit ialah melalui berpuasa, sama ada berpuasa dibulan Ramadan atau berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Bilamana anda telah berpuasa pada waktu tersebut anda telah dapat membantu diri anda kearah kesihatan, baik kesihatan fizikal, mahupun mental. Puasa boleh memanjangkan umur anda dan membuat anda muda sepanjang waktu.



Diantara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.

2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia.

3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.

4. Puasa akan memanjangkan umur anda

5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa

6. Puasa akan membantu menhakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.

7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.

8. Bilamana darah kita terlampau berasid dan berpuasa dapat mengalkalikan semula darah/

9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi

10. Puasa boleh menurunkan berat badan

11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan

12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata

_____________________________________________________________________
Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan
ditolak doanya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah:
1. Pemerintah yang adil
2. Orang yang berpuasa hingga dia berbuka
3. Orang yang teraniaya.

Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat
kepada Allah doanya mudah diperkenankan.

Rabu, 16 Jun 2010

7 Ayat Cinta..


Sabda Rasulullah S.A.W: " Barang siapa yang hafal dan mengamalkan 7 khalimah ini, nescaya akan dimuliakan Allah dan para malaikat-Nya serta akan diampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di launtan."


1. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM di setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. ALHAMDULILLAH disetiap kali habis melakukan sesuatu.

3. ASTAGFIRULLAH kija tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. INSYA ALLAH jika ingin melalukan sesuatu pada masa akan datang.

5. LAHAULUWALAQUAWWATAILLABILLAH bila tak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. INNALILLAH jika menghadapi musibah @ melihat / mendengar kematian.

7. LAAILAHAILLALLAH bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkan selalu, moga2 kita tergolong dalam kalangan orang yang terpilih oleh Allah.


Sabda Rasulullah S.A.W:" Sesiapa yang menyampaikan 1 ilmu dan orang mengamalkan ilmu itu, maka dia akan beroleh pahala walaupun dia sudah tiada".

Selasa, 15 Jun 2010

Demam Bola kembali....



1.

13/06/2010 = Jerman (4) (0) Australia


2.

12/06/2010 = England (1) (1) USA


3.

12/06/2010 = Korea Selatan (2) (0) Greece


4.

14/06/2010 = Japan (1) (0) Cameroon



4 team yang jadi team harapan aku....(pujaan hati gtu..hehe)

1. Jerman
2.England
3.Korea selatan
4.Jepun

Tahun ni JERMAN kena menang gak....: )
xnak Brazil menang, xnak Itali menang(leh gaduh2 ngan dia..hehe)


Ni team yang paling2 aku x suka..brazil busuk!!..(sori peminat brazil..hehe)


Demam bola kembli..setelah 4 tahun berlalu, kini dunia kembali bersatu....perghh..ayat xleh blah.....haha... Tpkan, demam bola lagi ramai org nak g klinik or hospital,..bukan pe, sbb nak minta MC je tu...tido lambat la katakan, esok pagi mata pun berat la....




Hanya satu matlamat mereka, bertanding demi merebut gelaran juara.. Hanya 1 yang bakal menjulang piala


Group A aku sokong PERANCIS
Group B aku sokong KOREA yang comey...hehe


Group C aku sokong England yang hensem...
Group D aku sokong JERMAN yang gagah....



Group E aku sokong JEPUN yang kiut...
Group F xnak sokong(haha, jahatnye)...

Group G pun aku x nak sokong...
Group H aku sokong Sepanyol....



Stadium yang digunakan untuk WORLD CUP 2010

Bulu kening anda?


Bulu kening bertemu di tengah (bersambung) -
* suke amik pusing hal remeh.
* selalu kecik hati dan emosional.
* kuat berfikir sampai kepala tak boleh nak rest.
* kuat jeles.
* perlukan seseorang yang selalu bagi semangat dan kongsi masalah.
* suke membantah

Bulu kening tidak teratur dan liar -
* cepat terburu-buru
* kurang berhemah
* cepat terlibat dalam pertengkaran sebab selalu campur tangan
* banyak main2 sampai umur mencecah 30-an. selepas itu, pandai mengatur diri dan akhirnye berjaya.

Bulu kening lurus -
* gagah
* suke berdebat

Bulu kening melengkung -
* jenis pak lawak

Bulu kening nipis -
* tahap konfiden yang rendah
* tak percaye dengan kebolehan sendiri
* kurang berminat terhadap seks

Bulu kening tebal (lebat) -
* orang yang advanture dan suke mengembara
* susah nak setia pada yang satu
* banyak berceloteh
* hepi go lucky


p/s:hanya tafsiran semata2..ni bukan menilik...juz berdasarkan pemerhatian...:)

Isnin, 14 Jun 2010

BERDIAM DIRI LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP PERKARA YG BOLEH MENYEBABKAN KAU DITAMPAR...



Lebih baik anda diam kerana jika anda bercakap n tunjuk lagak pandai tapi anda macam tin kosong adalah seperti telur ayam yang bergolek dalam tin lalu pecah di atas lantai. Cakap banyak banyak tiada gunanya. berdiam lebih baik. berdiam bukan tanda kalah tetapi sebab malas nak bertekak. cakap dengan orang yang macam pandai memang hampeh....

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.


Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* “Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( RW ABU NAIM )

* “Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )

* “Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya”.( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

Jumaat, 11 Jun 2010

Cantiknya WANIta itu....

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengketaan
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak
bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas
sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

Rabu, 9 Jun 2010

Andai DIA menjemput ku dahulu....

Haritu kite jalan sekali, bez kan jalan sambel bgurau..

Tp lg bez bile awak kasi adiah tu, tu lar adiah paling saye tak boley lupe..

Senyuman manis awak..

Esok2 bile saye xley jalan, saye nak awak iringi saye, mase nie saye dah xboley nak pggl

awak mcm slalo, awak yg kena datang...

Mase nie gak saya nak adiah lg tp saye dah taknak senyuman awak tu..

Saye nak Al-Fatihah..

Awak bacekan tuk saye ekh sbb saye dah xboley bace sdiri..

Pastu, bile ader owg letak saye bawah papan, awak jgn nangis @ cari saye sbb saye dah

xboley tego awak..

Janji ek!!! Frenship 4ever..

Rabu, 2 Jun 2010

Allah itu ada...Allah ada Dimana Saja...

Ramai yang mengagumi keajaiban di dunia. Sehinggakan kadang kala mereka lupa akan pencipta Alam Semesta........7 keajaiban dunia pada zaman kuno adalah Kheops-Pyramid.jpg Piramida Agung Giza, Hanging Gardens of Babylon.jpg Taman Gantung Babilonia, Statue of Zeus.jpg Patung Zeus di Olympia, Temple of Artemis.jpg Kuil Artemis, Mausoleum of Halicarnassus.jpg Mausoleum Mausolus, Colossus of Rhodes.jpg Colossus Rodos dan Lighthouse - Thiersch.gif Mercusuar

Iskandariyah......

Manakala antara keajaiban pada dunia baru masa kini pula seperti :


1. The Pyramid at Chichén Itzá (before 800 A.D.) Yucatan Peninsula, Mexico



2. Christ Redeemer (1931) Rio de Janeiro, Brazil



3.The Roman Colosseum (70 – 82 A.D.) Rome, Italy



4.The Great Wall of China (220 B.C and 1368 – 1644 A.D.) China, Machu Picchu (1460-1470),


5.Peru, Petra (9 B.C. – 40 A.D.), Jordan



6. Machu Picchu (1460-1470), Peru



7. The Taj Mahal (1630 A.D.) Agra, India




Walau apa pun, kita harus ingat bahawa setiap yang bermula, pasti akan berakhir.....


Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah...
Aku pernah terdgr cerita, di mana seorg kafir bertnya kepada seorg Ustaz,dialognya :

Kafir : Apa bukti Allah itu ada?
Ustaz : Kamu pernah minum air teh yang manis?
Kafir :Pernah.
Ustaz : Mana datangnya manis teh itu?
Kafir :Dari gula.
Ustaz : Kita xnampak gula itu, tp kita tau gula itu ada dengan kemanisan gula itu...Kita x nampak Allah, tp kita tahu Allah itu ada dengan ciptaan-Nya. Setiap yang tercipta pasti ada penciptanya..Alam tidak akan tercipta dengan sendiri dan semula jadi...

Fahamlah Kafir itu tentang kewujudan yang MAHA ESA....

Khalimah Allah di badan seekor kambing..






Dahan dan ranting pokok yang membentuk khalimah Allah....



Imej yang dirakamkan oleh satelit...



Kejadian dilangit sana...


Awan yang membentuk khalimah Allah di langit yang luas terbentang...


Sarang madu lemah...terdapat khalimah Allah yang terbentuk....



Permukaan batu yang berwarna hitam ini terdapat khalimah Allah dengan jelas sekali......


Khalimah Allah di dalam buah tomato....


Permukaan kulit telur ayam yang ada khalimah yang MAHA SUCI..


Dahan pokok ini bergitu unik sekali dan dengan kuasa yang MAHA ESA, khalimah yang agung itu terbentuk dengan jelas...


Kaktus yang membentuk khalimah Allah...


Kaktus yang membentuk khalimah Allah...


Kejadian tsunami di Acheh memberi banyak pengajaran kepada kita....Gambar ini diambil ketika berlakunya tsunami di Acheh...


Khalimah Allah yang terbentuk pada bunga lili...


Awan di langit yang membentuk khalimah yang MAHA BESAR...


Khalimah Allah pada badan kucing...


Khalimah Allah yang terbentuk pada pada sarang semut...


Khalimah Allah kelihatan pada sayap belalang ini.....



5 Khalimah Allah yang kelihatan pada permukaan bulan..


Khalimah Allah pada perut lembu..


Subhanallah...begitu hebat ciptaan yang MAHA KUASA...Hanya kepada-Nya aku bersujud....Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t...

Klik Kat Cini