Halaman

Blog Yang Comey, Hensem dan Cantik..:)

Followers

Khamis, 12 Julai 2012

Tengkorak Terdampar di Pantai...

Halu semua..

Location: Pantai Pasir Tengkorak,Langkawi
Tarikh: 10 Julai 2012
Tugasan: Mengenal pasti spesis di sepanjang trek laluan, jenis batu sepanjang pantai.



Contoh spesis yang terdapat di sepanjang trek laluan pejalan kaki..
Ni dah ada yang tagging(**psstt...tp ada yang tagging naming salah)..
Ada yang xda tagging..
Pandai2 la nak aplikasikan apa yang belajat dalam kelas plant taxonomy..huhu.. 
Nama2 spesis ni di kenal pasti olek jabatan perhutanan dan geopark yang letak tag..


Ni trek laluan yang kitorang lalu..

1. Trek pejalan kaki yang disediakan.. Jalan lenggang lenggok pun xpe..hehe..

2. Ni dah start dah trek semput-menyemput..Tangga yang setinggi lutut..Lenguh abih lutut2..

3. Trek ni aku x nah lagi lalu sepanjang meredah hutan..Dah  nama pun hutan pantai..Kena la lalu pantai..
Tp, pantai ni sgt berbatu batuan..Ada banyak jenis batu kat cni..
Untuk sape2 yang nak ambik sal mineral dan batuan, sgt la sesuai nak praktikal atau nak keje 
bahagian geopark ni..
Terasa sgt jahil sal batu-batuan ni bila di terangkan..
Tp trek ni sgt memerlukan kestabilan badan yang agak tinggi..sbb kita kena berjalan di atas
batuan yang berlainan bentuk..
Panjat2 batu, lompat2 batu..Sakit kaki sbb batu2 kat cni ada yang tajam2..

4. Jumpa gua kecik..
Merangkak cket nak meredah gua comey ni..

5. Lepas abis batu-batuan pnya kawasan, akhirnya jumpa kawasan pertemuan air masin 
dan air tawar..


Contoh batuan yang mempunyai lapisan.
Batu ni mempunyai 3 lapisan..
Lapisan boleh dikenali dengan warna lapisan yang berlainan..
Lapisan batuan yang berlainan warna terbentuk hasil daripada mampatan pasir yang berlainan
ketumpatan..


Kesan hakisan dan hablur.. Dengan bantuan air laut, air hujan dan angin menyebabkan 
ada kesan hakisan yang terbentuk pada batu-batuan ini..
Kat gambar 2, di atas batuan ada kesan hitam(anak panah), ini adalah batu iron..
(Kandungan Ferum yang tinggi=Hitam)..
Kena saksikan sendiri batuan yang bermacam bentuk ni..Cantik..


Jenis batuan yang terdampar di pantai batu..
1. Batu-batu yang membulat kesan dari hakisan.. (Buat hiasan cantikkan..)

2. Ni sebenarnye batu karang yang terdampar di pantai..

3. Batu kuarza atau batu granit.. 

4. Batu pasir..Macam bentuk simenkan..


Batu kuarza/Granit..
1. Notes yang ada kat tepi pantai.. Batu ni sebenarnya ada dalam jam tangan anda..Beli la jam 5ringgit ke, 5000ribu je, sama je..batu ni gak diorg guna..

2/3. Bentuk batu yang membeku..

4. Batu granit berasal dari dalam tanah.. Batu ini berasal dari mantel bumi.. 
Batu ini (lapisan putih) akan muncul dari celah2 batuan lain (anak panah)..
Bentuk asal batuan ini adalah cair..Tp, apabila ada tenaga yang menolak ke lapisan kerak bumi, 
suhu akan bertukar rendah berbanding di kawasan mantel, so batuan yang cair akan menjadi
keras..


Serius pantai ni sangat cantik..(xmcm pantai kat penang..opss)..
Pantai ni sebenarnya mengadap thailand..
Kat anak panah tu sebenarnya adalah pulau di thailand..
Berenang pun dah leh sampai der..
Tp kat kawasan berbatu di larang mandi ye,..Nak mandi boleh, tp kalo kena batu,
sendiri tanggung ye..ngeh3..


Perjalanan kami x lama pun ..xsampai sejam pun..
kat gmbr 1st tu peta pantai pasir tengkorak..
Bulat biru tu location kitrg start berjalan..Lepas meredah hutan, batu2, gua comey dan pantai yang panas terik tu, akhirnye kami keluar ke kawasan lain..Agak asing..banyak kete kat cna..
Tetibe,aku ternmpak kete kitrg..Cis.. Kat ctu je ke tempat ktrg parking..
Tertipu den..haha!..




asal usul pantai pasir tengkorak...




Pe pun, Pantai pasir tengkorak terbaik!!..:)

7 ulasan:

syiela berkata...

bestnya ada aktiviti camni... suka

Tanpa Nama berkata...

macam best je ni...sekali sekala buat aktiviti macam ni best jugak ni..

Ulya berkata...

wah bnyak tmpat best2 ooo kat langkawi .

ulya p tak mlawat smua pun... :(

Suara Hati Ini.... berkata...

syiela:best sgt..:)

Suara Hati Ini.... berkata...

ulya: haah..byk sgt..kalo tgk peta tu mcm kecik..tp sehari x abis..:)

Kesuma Angsana berkata...

wah menarik ni!

Suara Hati Ini.... berkata...

haah..memang menarik sgt...try er..

Klik Kat Cini