Halaman

Blog Yang Comey, Hensem dan Cantik..:)

Followers

Khamis, 17 Jun 2010

“Perut ialah Rumah Penyakit dan Puasa adalah Raja Segala Ubat“.

Satu kaedah yang paling sempurna dan paling mustajab untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan manusia dan untuk menghindari dari segala macam penyakit ialah melalui berpuasa, sama ada berpuasa dibulan Ramadan atau berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Bilamana anda telah berpuasa pada waktu tersebut anda telah dapat membantu diri anda kearah kesihatan, baik kesihatan fizikal, mahupun mental. Puasa boleh memanjangkan umur anda dan membuat anda muda sepanjang waktu.



Diantara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:

1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.

2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia.

3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.

4. Puasa akan memanjangkan umur anda

5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa

6. Puasa akan membantu menhakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.

7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.

8. Bilamana darah kita terlampau berasid dan berpuasa dapat mengalkalikan semula darah/

9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi

10. Puasa boleh menurunkan berat badan

11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan

12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata

_____________________________________________________________________
Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan
ditolak doanya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah:
1. Pemerintah yang adil
2. Orang yang berpuasa hingga dia berbuka
3. Orang yang teraniaya.

Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat
kepada Allah doanya mudah diperkenankan.

Tiada ulasan:

Klik Kat Cini